Warisan Tersembunyi Oh Kongsi di George Town



Di Little India, George Town, terdapat sebuah rumah kedai yang masih berdiri megah. Oh Kongsi merupakan sebuah warisan keturunan, legenda dan semangat sebuah masyarakat Cina yang tidak pernah pendam. 

Ditubuhkan oleh para perantau Teochew awal, Oh Kongsi merupakan sebuah bangunan tinggalan yang juga melambangkan manuskrip hidup sejarah penghijrahan masyarakat Cina ke Pulau Pinang. Oh Kongsi juga telah mencatatkan perjuangan, pengorbanan dan kebanggaan keturunan keluarga "Oh". Lahir dari penghormatan nenek moyang dan perpaduan dalam kalangan ahli keluarga, kongsi ini menjadi pusat bantuan sosial, pusat kerohanian dan pusat kegiatan sosioekonomi. 

Oh Kongsi tidak dibekukan dalam masa dan ia masih berdenyut dengan detak upacara, perjumpaan dan mesyuarat klan dan sumbangan amal serta ekonomi. Oh Kongsi melambangkan kesetiaan ahli keluarga "Oh" kepada keluarga dan ketahanan budaya dan keturunan "Oh". 

Lokasi: 70. Lebuh Penang, George Town, Pulau Pinang. 

Waktu Operasi: Berbeza (atas janji temu atau terbuka semasa musim perayaan masyarakat Cina)

Bayaran masuk: Percuma 

Waktu terbaik melawat: Awal pagi (untuk cahaya dan ketenangan)

Tarikan berdekatan: Penang Little India, St George dan sebagainya 



Ulasan