SJHK1114 Ketamadunan Manusia Sehingga Tahun 1600 Bab 3 Pendidikan Kurikulum Pendidikan Tamadun Melayu
Kurikulum tamadun Melayu terbahagi kepada dua bentuk, iaitu pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.
(a)
Pendidikan tidak formal
Pendidikan
tidak formal diterima daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka sendiri di
rumah. Anak-anak menerima didikan
secara tidak langsung supaya menjadi mahır dalam sesuatu pekerjaan seperti
generasi tua mereka Kemahiran yang ditekankan adalah berkait rapat dengan
kegiatan dan kerja-kerja seharian mereka. Kaum ibu akan mendidik anak- anak perempuan
mereka supaya pandai menjahit, menenun, memasak, melakukan kerja- kerja kraf
tangan, menari tarian tradisional, dan sebagainya. Kaum bapa pula akan mendidik
anak-anak lelaki mereka supaya mahir bertukang.
(b) Pendidikan formal
Dalam
kurikulum pendidikan, pada peringkat awal kanak-kanak, mereka mendapat
pendidikan secara tidak formal di rumah-rumah kediaman. Ismail Hamid dalam
bukunya Peradaban Melayu dan Islam menyatakan bahawa pendidikan formal berlaku
di masjid- masjid dengan belajar membaca al-Quran, mendalamı ilmu fardu aın,
dan menyanyi lagu qasıdah. Pada waktu malam, masjid digunakan sebagai pusat
pengajian oleh orang-orang dewasa bagi mempelajarı ilmu fikah, usuluddin,
tasawuf, hadis, tafsir. dan sebagainya.
Di madrasah, kanak-kanak menerima pendidikan formal daripada guru yang dikenal sebagai Tengku Meunash dan dibantu oleh murid yang lebih cerdas dipanggil "Sida" Mata pelajaran yang diajar di madrasah adalah bacaan Al-Quran, Tajwid, Fiqah, dan ibadat- ibadat lain Pelajar yang lulus akan melanjutkan pelajaran ke Rangkang Mata pelajaran yang diajar di sini ialah Kalam, Falsafah, Tasawuf. Al-Quran, Tajwid, Hadis, Tatabahasa Arab. lain-lain Pelajar yang lulus di Rangkang akan melanjutkan pelajaran institusi pengajian tinggi seperti Jamiah Bait al-Rahman di Acheh. Mata pelajaran yang diajar ialah Perubatan, Pertanian, Pentadbiran, Matematik. Ekonomi. Pertukangan. Undang-undang, dan Peperangan (ketenteraan)
Di Tanah Melayu, sekolah pondok menekankan pelajaran agama seperti
Nahu, Fiqah, al- Quran, dan Hadis yang dikendalikan oleh guru-guru yang
menerima pendidikan darı Makkah. Pelajar-pelajar yang lulus persekolahan pondok
ını berpeluang melanjutkan pelajaran ke Makkah dan setelah tamat pengajian,
mereka akan bertugas sebagai guru di serata tempat.
Ulasan
Catat Ulasan