SJHK1114 Ketamadunan Manusia Sehingga Tahun 1600 Bab 3 Pendidikan Kurikulum Pendidikan Tamadun Islam

Kurikulum dalam Tamadun Islam dirangka bukan hanya untuk mengisi akal dengan maklumat, tetapi untuk membina manusia yang memahami hakikat kewujudan dan tanggungjawabnya. Tujuan pendidikan bukan semata-mata melahirkan pakar atau ilmuwan, tetapi membentuk manusia yang baik, seperti yang ditekankan oleh Imam al-Ghazali. Kecemerlangan bukan hanya dinilai pada kebijaksanaan, tetapi pada kemampuan menggunakan ilmu untuk membina keadilan, rahmat dan kebahagiaan umat. Ia digubal secara syumul (komprehensif) dengan menggabungkan dua cabang utama ilmu:

a)  Ilmu Naqli (berasas wahyu)

Al-Quran: Sebagai sumber hukum, akhlak, kisah-kisah tauladan dan asas kehidupan. 

Hadis: Penjelasan terhadap teks Quran dan panduan amali kehidupan.

Tauhid dan Akidah: Membina kepercayaan yang mantap kepada Allah. 

Fiqh dan Syariah: Mengatur hubungan individu dengan Allah dan sesama manusia. Akhlak dan Tasawuf: Penyucian jiwa dan pembangunan moral.

 

b)  Ilmu Aqli (berasas akal)

Sains dan Matematik: Diterokai oleh tokoh seperti al-Khwarizmi, al-Biruni, dan Ibn al- Haytham.

Perubatan: Ibn Sina dan al-Razi menggabungkan eksperimen saintifik dan etika Islam.

Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan: Untuk kegunaan ibadah dan pembangunan. Falsafah dan Logik: Diperkaya melalui karya Ibn Rushd dan al-Farabi.

Ulasan